Menerusi satu temubual sebelum ini, bekas ahli kumpulan nasyid, Raihan iaitu Nazrey Johani mendedahkan perasaannya tidak pernah merasa tenang semasa bersama kumpulan itu kerana menjadi tumpuan ramai setiap masa. Malah keputusannya untuk keluar dari Raihan dibuat kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti.
Berhubung kenyataan Nazrery itu, anggota kumpulan Raihan iaitu Che Amran Idris ketika dihubungi berkata, dia seboleh mungkin tidak mahu memperkatakan hal ini kerana tidak mahu ia disensasikan oleh mana-mana pihak.
"Kami enggan ulas kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Nazrey Johani). Kalau diikutkan kami dah 'move on' dan enggan kenang kisah lama. Kami lebih fokus pada Konsert Garis Masa Raihan November ini.
"Minta maaf sangat. Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan. Benda pun dah lama berlaku," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
Terdahulu, Nazrey dalam kenyataannya berkata, dia sudah 16 tahun meninggalkan Raihan. Semasa dalam tempoh bersama Raihan, dia tidak pernah rasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia. Dia juga mengakui sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.
Klik untuk gambar besar
"Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tak mahu populariti itu. Hati saya jadi tak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan," katanya.
Sementara itu, Che Amran meminta peminat genre nasyid mengetepikan apa yang berlaku dan memberikan sokongan terhadap Konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada 26 November ini.
"Raihan kini sudah melewati 26 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air dan inilah yang sepatutnya diberikan tumpuan. Setakat ini sambutan terhadap penjualan tiket boleh dikatakan menggalakkan.
"Kami percaya jualan tiket akan bertambah menjelang hari persembahan nanti. Kami juga mensasarkan 7,000 penonton akan hadir nanti," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment