26 September 2022

ISU BAJU DIKRITIK HETTY KOES ENDANG - TOMOK TAK TERASA HATI, PUAS HATI DENGAN REKAAN HATTA DOLMAT



"Memang look ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba. Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda (Hetty) cakap. Mungkin ada betulnya.


"Perkara positif atau negatif kita terima dan Insya Allah akan diperbaiki lagi," ujar penyanyi Tomok yang akui dia tidak berasa sedih dengan komen diberikan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang selaku juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya dan gembira dengan hasil seperti digambarkan.

Kemunculan Tomok di pentas minggu kedua GV9 dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut mencuri tumpuan ramai termasuk salah seorang juri tetap itu.

Klik untuk gambar besar



Hetty ketika mengulas mengenai persembahan Tomok, memberitahu pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu 'Janji Padamu' nyanyian asal kumpulan Exists.

Dalam pada itu, Tomok yang dilabel sebagai 'fighter' memberitahu dia suka berada di atas pentas menghiburkan peminat dan sentiasa cuba memberikan sebaik mungkin ketika persembahan termasuk pemilihan pakaian.

Kata Tomok, gelaran juara tidak bermain di dalam fikirannya tetapi apa lebih penting dia tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokongnya.

"Memang atau kalah, saya akan lawan... Jadi apabila naik ke pentas, saya akan berikan yang terbaik," katanya.


Sementara itu, Tomok yang memperoleh kedudukan pertama pada pertandingan minggu kedua itu mengakui sedikit tertekan kerana sedar jangkaan peminat terhadapnya lebih tinggi.

Bagaimanapun kata bekas anggota kumpulan New Boyz ini, perkara itu turut menjadikannya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pertandingan tersebut.

"Mestilah tertekan, saya pun tak sangka dapat nombor satu. Tapi Alhamdulillah ia semangat untuk saya menjadi lebih baik minggu depan," katanya.

Diberi tugasan lagu 'Hukum Karma' nyanyian asal kumpulan Wings minggu depan, Tomok gementar kerana tidak pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: