22 September 2022

BERADA DI JAKARTA - USTAZ EBIT LEW BERDAKWAH DI KELAB MALAM, HADIAHKAN JUBAH & TUDUNG



"Malam tadi pergi club malam berjumpa wanita menjadi wanita malam (prostitute) di Jakarta. Ada yang Islam dan bukan Islam. Mereka kenal saya. Katanya selalu lihat di media sosial. Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa. Mereka minta untuk ambil gambar. Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibu bapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya.


"Sebahagian bekerja menjual diri semenjak umur 14 tahun. Remaja lagi. Mulanya kerana keluarga susah dan terdesak ingin membantu keluarga. Ada sebahagian ibu tiada suami besarkan anak seorang diri. Semua menangis je bila saya mula cakap.

"Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis. Katanya tengok Pak Ustaz rindukan ibu bapa. Rindu nak dekat pada Allah. Terkejut rasa bila tiba-tiba semua menangis walau mungkin tak faham semua perkataan saya. Allah Maha Penyayang. Sentiasa mengetuk hati hambanya. Kita semua sedang diuji. Atas jalan yang sama belum tahu nasib kita disana. Untuk dekat pada Allah selalu mengajak orang lain dekat pada Allah.

"Ada yang dah lama ingin berubah belum kuat. Hari ni kami kuat untuk tukar kerja lain. Ingin cari rezeki yang halal walau mungkin susah. Saya 'capek' ustaz. Meluah rasa penat jadi begini. Rindu nak sujud pada Allah.

Klik untuk gambar besar



"Saya hadiahkan mereka jubah dan tudung. Mereka suka sangat dapat tudung tu. Doakan kami yer ustaz supaya dapat dekat pada Allah. Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih.

"Ya Allah ampunkan kami semua. Terimalah kami semua," demikianlah tulis pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew pada perkongsian video dimana dia mengunjungi sebuah kelab malam serta menyantuni wanita-wanita yang bekerja sebagai pelacur.

Umum mengetahui, Ustaz Ebit kini berada di Indonesia bagi menyampaikan dakwah serta membantu menguruskan kepulangan seorang bapa dan anaknya rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.



Pada entri tersebut, Ustaz Ebit berkata, semua menangis apabila melihat dia mula bercakap serta meluahkan rasa rindu pada ibu bapa serta Allah. Kata mereka lagi, ini kali pertama ada individu datang memberi ceramah di kelab malam.

Tambah Ustaz Ebit lagi, ada yang bekerja sejak berusia 14 tahun kerana ingin membantu keluarga. Malah ada juga ibu tunggal yang menyara anak-anak.

Lebih sebak, ada yang meluahhkan rasa penat melakukan kerja-kerja sedemikian dan ada yang sudah lama mahu berubah ke arah lebih baik namun tiada kekuatan.

Dalam pertemuan itu, Ebit turut menghadiah pekerja-pekerja wanita disitu tudung berserta jubah dan mendoakan agar semuanya semakin dekat dengan Allah.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: