22 September 2022

PENAMPILAN NEELOFA BERTUDUNG SARUNG, BAJU T-SHIRT TARIK PERHATIAN



Seorang pengguna laman sosial baru-baru ini ada memuat naik video yang memaparkan selebriti terkenal, Noor Neleofa berada di sebuah gelanggang futsal untuk memberi sokongan buat suaminya, PU Riz yang bermain pada malam itu.


Video tersebut menjadi tular selepas penampilan biasa Neelofa yang dilihat hanya mengenakan baju t-shirt berwarna merah serta tudung sarung berwarna hitam menjadi perhatian ramai.

Turut kedengaran, Neelofa sempat berseloroh mengatakan kehadirannya untuk memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan penampilan Neelofa seperti cikgu Pendidikan Jasmani yang turun ke padang.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pertama kali mereka melihat penampilan Neelofa seperti itu namun tetap cantik meskipun tampil berbeza dan biasa.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: