Sejak kebelakangan ini, nama Ifa Raziah hangat diperkatakan di media sosial. Terbaru, tular video dimana ia memaparkan penyanyi dangdut berusia 47 tahun itu berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Kedai Emas Rozita di aplikasi TikTok, kelihatan Ifa sedang sakan mencuba emas yang ingin dibeli di kedai emas tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tergamam dengan jumlah wang dibelanjakan Ifa untuk membeli emas.
Tidak kurang juga, ramai yang teruja serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki dimiliki Ifa sehingga mampu membeli emas dengan harga tersebut.
Dalam pada itu, ada netizen turut memberikan nasihat kepada Ifa supaya berhati-hati dan jangan terlalu menunjukkan kekayaan.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment