22 September 2022

VIDA DIKECAM PAKAIKAN LUCINTA LUNA TUDUNG, SENTUH LELAKI



"Haram sentuh lelaki! Jangan membelakangkan agama dalam mencari rezeki. Jangan pula masukkan maksiat dalam perniagaan. Allah murka."


"Sokong LGBT pulak dah. Boikot jela orang macam ni. Ditadahnya tudung dekat jantan tu. Nonsense."

Itulah antara komen-komen netizen yang menentang posting yang dimuat naik usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Vida (DSV) di laman Instagram dimana dia didakwa seakan-akan menyokong golongan LGBT kerana menggalakkan lelaki untuk memakai hijab.

Klik untuk gambar besar



Siapa yang tidak kenal dengan Vida yang sering kali terpalit dengan kontroversi kerana caranya mempromosikan produk. Baru-baru ini, Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana menggunakan Lucinta Luna sebagai model untuk mempromosikan hijabnya.

Menerusi entri tersebut, Vida kelihatan gembira dan memuji kecantikan Lucinta Luna ketika mengenakan hijab. Tindakan Vida itu telah mengundang kecaman yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas cara usahawan itu mempromosikan barangan keluarannya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan Vida supaya menjaga batas dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh Lucinta kerana perbezaan jantina.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: