30 September 2022

BILA SCHA ELINNEA TAYANG TATU BARU TERIMA PELBAGAI REAKSI



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Scha Elinnea telah berkongsi gambar memakai skirt pendek bersama tube berwarna nude dengan kapsyen, "New Chapter".


Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila mata mereka lebih tertumpu pada tatu di bahagian lengan dan perutnya.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon 'Isteri Bukan Bidaan' itu serta mengatakan Scha kini semakin daring dan lebih seksi. Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan status agamanya susulan tatu di badannya itu.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Scha yang sering menjadi perhatian ramai gara-gara penampilannya yang terlalu seksi itu pernah dikecam gara-gara memuat naik foto bertatu, bagaimanapun dia menjelaskan tatu tersebut hanyalah tatu palsu yang dibeli secara online.

"Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun.

"Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu," kata pelakon berusia 23 tahun itu.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: