30 September 2022

TIDAK DIBAWAH SKOP PRODUCTION LAGI, SYAMSUL TERBIT 'THE ORIGINAL GANGSTER' BUKAN 'KL GANGSTER 3' - YUSOF HASLAM ENGGAN KOMEN



Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menerusi laman Instagram telah memuat naik poster yang memaparkan filem 'The Original Gangster' dimana ia bakal diterbitkan dibawah Syamsul Yusof Films Sdn Bhd dan difahamkan bukan lagi dibawah terbitan Skop Production.


Berhubung hal tersebut, bapa kepada Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen tentang anaknya itu.

Kata Yusof, 68, keputusan itu adalah hak Syamsul dan dia enggan mengulas lanjut. Tambahnya, dia tidak mahu menyentuh hal berkenaan memandangkan ia melibatkan hal anak beranak yang boleh dikatakan agak sensitif.

Ditanya mengenai filem 'KL Gangster 3' yang dirancang sebelum ini, Yusof yang ditemui di pementasan Teater 'Maduku Terpaling Kalut' itu berkata, filem itu tidak akan diteruskan.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak nak komen hal berkaitan Syamsul di luar. Itu saya tak nak komen. Itu hak dia. Saya cuma dengar saja. Saya difahamkan KL Gangster 3 itu dia tak buat. Dia tukar tajuk, tapi itu hak dia. Saya tak nak komen.

"Perkara ini membabitkan anak beranak nanti ia jadi sensitif. Kalau saya bercakap nanti dia sentap tak tahulah kan?" ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Menurut Yusof, kehadirannya itu bagi memberi sokongan kepada menantunya, pelakon Puteri Sarah yang terbabit dalam teater itu.

"Kehadiran ini sebagai tanda menyokong menantu dan Sarah pun ada jemput. Jadi, saya sebagai bapa mentua kena datang memberi sokongan. Saya tak kisah siapa menantu, Syamsul masih anak saya. Apa yang berlaku itu saya harap ada hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan ada petunjuk daripada Allah. Itu saja saya harapkan," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: