01 October 2022

RYAN BAKERY KINI BERGELAR SUAMI



Pada jam 11 pagi tadi, personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery yang selamat bernikah dengan gadis pilihan hati, Elyia Ibrahim.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, gambar dan video majlis pernikahan pemudia berusia 27 tahun itu mula dikongsikan oleh netizen.


Adik lelaki kepada Ryan iaitu Adam Bakery juga turut memuat naik satu posting mengucapkan tahniah di atas pernikahan abangnya itu.

Melihat pada gambar-gambar yang dikongsikan, pasangan pengantin dilihat segak dan cantik mengenakan persalinan seba putih.

Bagaimanapun, setakat ini tiada butiran lanjut mengenai lokasi majlis diadakan serta hal berkaitan penikahan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Ryan dan isteri. Selamat pengantin baru!

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: