01 October 2022

GELARAN 'DATUK' - SELEPAS SUAMI HELIZA, KINI SUAMI EINA AZMAN & FOUZIAH GOUS PULA DIDAKWA PALSU



Dakwaan mengenai isu pembelian gelaran 'Datuk' palsu sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan, berikutan ada individu membuat semakan. Sebelum ini, gelaran 'Datuk' yang diperoleh suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu selepas namanya tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi.


Terbaru, seorang individu dikenali sebagai Aliff Ahmad telah memuat naik hantaran dimana dia mendakwa gelaran 'Datuk' yang disandang suami pelakon Eina Azman dan juga Fouziah Gous juga palsu. Semakan itu dibuat selepas diminta oleh rakan-rakan.

Hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Gous) tiada.

Dalam hantaran sama, individdu itu mengatakan biarlah gelaran yang 'dibeli' itu diiktiraf dan bukanlah gelaran 'scam' dimana nama mereka tiada dalam senarai rasmi.

Klik untuk gambar besar



"Aku sebenarnya tak kisah pun pasal Dato-Dato ini. Kawan pun ramai Dato. Ada yang beli, ada yang free, Tapi, semua ada dalam Istiadat.Beli ke free, ada dalam Istiadat kira steady-lah!

"Macam aku pernah cerita dulu, aku lagi respect orang yang beli. Kalau beli, bukti dia ada duit. Dapat free, takda duit punya Dato. Itu stand aku, Sebab tu aku tak ada Dato. Aku tak mampu beli.

"Aku tak tahulah sama ada mereka yang kena scam (tipu) dengan scammer jual gelaran Datuk atau kita yang ditipu. Bagaimanapun, aku dah semak dan tiada. Kalau korang semak ada, beritahulah aku," tulisnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: