01 October 2022

PILIH NAMA 'UNGKU ALTAMIS BARR' - JIHAN MUSE DEDAH WAJAH ANAK KEDUA



"Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal," demikianlah kapsyen pada posting yang dimuat naik oleh pengacara Jihan Muse dan suaminya pelakon Ungku Hariz di laman Instagram masing-masing.


Dalam posting tersebut, pasangan ini mendedahkan wajah serta nama anak kedua mereka yang diberi nama Ungku Altamis Barr, selepas tiga minggu dilahirkan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Pada 6 September lalu, Jihan, 39, yang mendirikan rumah tangga dengan Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 itu selamat melahirkan anak kedua yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta.

Untuk makluman, pasangan itu sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 4 tahun.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: