01 October 2022

AKIBAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU - PELAKON VETERAN, HISHAM AHMAD TAJUDDIN KINI KRITIKAL



Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, yang sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak semalam, kini dilaporkan kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.


Anaknya iaitu Aqeela Mohd Hisham, 26, berkata, bapanya dikejarkan ke hospital malam semalam selepas tahap oksigen semakin menurun. Aqeela berkata, bapanya itu mula batuk-batuk pada Isnin lalu dan dia tidak menyangka bahawa keadaan kesihatannya akan menjadi makin teruk.

"Semalam, tahap oksigen abah menurun hingga 50 peratus. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan dia ditidurkan Subuh pagi hari ini. Berdasarkan makluman doktor, paru-paru abah serta beberapa organ dalaman lain juga mula rosak akibat jangkitan kuman itu.

"Abah tak ada masalah kesihatan sebelum ini terutamanya berkaitan paru-paru kerana dia bukanlah perokok. Memang dia seorang yang sihat. Isnin lalu, dia mula batuk dan kami sekeluarga ingatkan ia batuk biasa. Hari ketiga, dia mula batuk dan keluarkan kahak yang banyak.

"Setakat itu, dia hanya makan ubat batuk dan tak pergi ke klinik lagi. Kelmarin, dia mula rebah dan seperti pitam, tapi masih lagi sedar. Semalam, sepupu saya datang ke rumah dan memeriksa tahap oksigen abah.

"Rupanya, tahap oksigen abah terlalu rendah dan kami pun hubungi ambulan," jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Tambah Aqeela lagi, bapanya juga tidak pernah dijangkiti C0V1D sebelum ini dan sudah mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak.

"Kalau kami bawa dia berjalan-jalan pun, dia memang bertenaga dan tak pernah sakit kaki atau apa. Memang dia sihat. Jadi, bila berlakunya perkara ini, ia memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Namun, kami reda dengan ketentuan ini," katanya.

Untuk makluman, Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an dan kini, pesara kerajaan itu banyak menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga.

Antara filem dan drama lakonannya ialah 'Tsu Feh Sofiah', 'Wira Angkasa', 'Hanny', 'Putera', 'Black Maria', 'Dalam Hati Ada Cinta', 'Tanah Kubur', 'Tok Ayah' dan banyak lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: