23 September 2022

CUCU NAFI WUJUD 'USTAZ RANI' DALAM KELUARGA



Cucu kelima kepada Allahyarham Datuk Jamali Shadat iaitu Isyraq Ariff Zalull Ariff, 32, meluahkan rasa terkejut apabila dihubungi oleh seorang individu menerusi mesej Facebook yang bertanyakan berkenaan 'Ustaz Rani'. Dalam masa sama, Isyraq turut menafikan kewujudan 'Ustaz Rani' dalam keluarga mereka.


"Hati-hati dengan scammer bernama Ustaz Rani yang mengaku anak sulung atuk. Tiada orang bernama sedemikian dalam keluarga kami. Individu ini bertanya saya sekiranya mempunyai bapa saudara yang dikenali sebagai 'Ustaz Rani' dan bekerja di Baitumal.

"Katanya 'Ustaz Rani' ini berlegar-legar di Hospital Kuala Lumpur dengan menawarkan bantuan Baitulmal, laptop secara percuma, peralatan gadget serta kad OKU (Orang Kurang Upaya). Bagaimanapun mereka perlu buat bayaran sebanyak RM100. Ustaz Rani berjanji untuk menghubungi dia semula," katanya.

Bagaimanapun 'Ustaz Rani' tidak berbuat demikian menyebabkan individu terbabit curiga dan menghubungi Isyraq Ariff untuk kepastian.

Klik untuk gambar besar



"Justeru pihak keluarga mengingatkan kepada masyarakat supaya berwaspada dengan sindiket scammer ini yang cuba memerangkap mangsa dengan cara ini. Susulan kejadian ini, saya sebagai wakil kepada pihak keluarga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam malam tadi.

"Saya harap masyarakat tidak mudah terpedaya dan segera menghubungi kami sekiranya didatangi individu ini lagi," katanya.

Terdahulu, Allahyarham Jamali yang juga pelawak 'stand up' komedi terkenal meninggal dunia di usia 78 tahun pada 3 Februari tahun lalu. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: