23 September 2022

DAKWA CLIFF UMAR TAK BAYAR NAFKAH LEBIH 10 TAHUN - BEKAS ISTERI LUAH KECEWA, DAH TAHAN TANGGUNG SENDIRI



"Tapi bila kau menang, kau terus menghilangkan diri dan kau terus berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku. Mana rasa tanggungjawab, rasa empati? Tolonglah, awak tak perlu beri saya duit, hanya untuk anak-anak.


"Diorang anak you lah, come on!" kata bekas isteri kepada Cliff Umar iaitu Ninie Hasbullah dalam sebuah rakaman di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh wanita itu.

Menerusi rakaman video terbabit yang telah menjadi tular di media sosial, Ninie mendakwa bekas suaminya yang juga merupakan pemenang Gegar Vaganza pada musim ketujuh (GV7) itu sudah lama tidak memberikan nafkah anak-anak yang ditinggalkan dan langsung tidak dihiraukan.

Klik untuk gambar besar



Malah, Ninie turut mendakwa Cliff ada berjanji mahu membantunya dan anak-anak ketika menjadi salah seorang peserta GV7. Ninie juga meluahkan rasa kecewanya kerana sudah lama bersabar namun kali ini dia sudah tidak boleh bertahan lagi selepas dibiarkan menanggung anak-anak seorang diri selama lebih 10 tahun.

Dalam masa sama, bekas istei Cliff itu juga berulang kali menekankan bahawa dia tidak mahukan duit untuk dirinya tetapi hanya untuk anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, Ninie turut mendakwa Cliff langsung tidak mempedulikan anak-anak ketika mereka sakit.

Video tersebut mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi itu dan rata-ratanya mendoakan agar urusan Ninie dipermudahkan untuk menuntut nafkah daripada Cliff. Ada yang mencadangkan agar Ninie mengadu kepada mahkamah syariah dan selesaikan mengikut undang-undang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: