Baru-baru ini, bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar, 40, yang dikenali sebagai Ninie, mendakwa bekas suaminya itu telah menggabaikan tanggungjawab nafkah anak-anak lebih 10 tahun.
Berhubung dakwaan tersebut, Cliff menerusi pengurusnya bernama Anita, enggan memberikan sebarang komen. Menurut Anita, isu berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi dan penyanyi terbabit tidak mahu memperbesarkan kepada umum.
"Cliff enggan beri sebarang kenyataan disebabkan hal ini terlalu peribadi. Lebih baik untuk dia tidak cakap apa-apa. Lagipun cerita ini pun setiap tahun ada. Jadi, kami tak mahu keruhkan lagi keadaan," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita mendakwa dirinya bekas isteri kepada Cliff, mendedahkan bahawa penyanyi tersebut mengabaikan nafkah anak-anaknya.
Wanita terbabit merayu kepada penyanyi itu untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan. Dia turut membuat perkongsian terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang sakit.
________________________
No comments:
Post a Comment