24 September 2022

SELAMAT TIBA DI UK - NETIZEN KRITIK LEONA, PAKAIAN MASIH 'TERBUKA' WALAUPUN SEJUK



Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sebelum ini memuat naik video dirinya menangis sebelum berlepas ke United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin.


Dalam video dikongsikannya itu, Leona berasa sedih untuk meninggalkan Malaysia dan terpaksa berpisah dengan keluarga serta rakan-rakan. Bagaimanapun, Leona berkata, dia perlu berbuat demikian demi pelajaran serta untuk mengejar cita-citanya.

Terkini, Leona menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi beberapa keping gambarnya ketika berada di sekitar kota London. Menerusi foto itu, Leona dilihat mengenakan dua lapis baju bersama skirt yang mendedahkan bahagian pahanya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian Leona dimana ia tetap sama meskipun berada di UK yang semua sedia maklum cuaca disana agak sejuk. Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat supaya menjaga diri di sana apatah lagi tempat baru untuknya.

Terdahulu, bapa Leona berharap anak gadisnya yang sering kali menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen itu akan tampil dengan imej baharu sebaik pulang ke Malaysia selepas berada disana selama tiga tahun.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: