24 September 2022

JAGA HUBUNGAN BAIK - ISTERI SAMBUT KEPULANGAN SHUK DARI TANAH SUCI: "AMANAH YANG MENJADI BUKTI CINTA KITA DAHULU"



Pelawak dan pengacara Shuk Sahar atau nama sebenar Mohammmad Shukri Mohamed Sahar akhirnya selamat pulang ke Malaysia, selepas dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di Instagram laman isteri Shuk iaitu Rossa Sera, dia memuat naik video mengimbas kembali disaat Shuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Dalam rakaman video yang dikongsi itu, Shuk dilihat memeluk erat kedua-dua anaknya itu. Meskipun tidak lagi bersama, Sera atau nama sebenar Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata dia tetap akan menjaga hubungan baik dengan Shuk demi anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Welcome home Shuk 😊. Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya. Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dah dapat ketenangan. Semoga shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini terus menjaga hubungan baik demi anak-anak. Malah, ada juga yang berharap agar kedua-duanya kembali bersama seperti dahulu.

"Semoga yang baik-baik sahaja. Perkara lepas jadikan pengajaran. Untuk Shuk jangan sia-siakan peluang yang diberi oleh isteri." - "Semoga korang berjaya jadi ibu dan ayah yang terbaik. Tidak bersama bukan bererti kita bermusuhan kan.



"Tidak mengapa, ada situasi di mana tak perlu sebumbung untuk membesarkan anak yang hebat. Sera kuat!" - "Baiknya Sera! Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak dan anak-anak," tulis netizen.

Untuk makluman, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: