"Sudah seminggu saya dimasukkan di sini (hospital) serta 3 hari di ICU selepas reaksi anafilaksis terhadap antibiotik yang saya tidak tahu bahawa saya alah kepadanya.
"Saya amat berterima kasih atas penjagaan yang diberikan oleh doktor, jururawat. Alhamdulillah, semuanya sihat. Terima kasih keluarga dan anda semua atas doa.
"Saya tidak cukup berterima kasih kepada anda," ujar ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dimana dia berkongsi keadaan terkininya yang beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke hospital serta Unit Rawatan Rapi (ICU).
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri tersebut, bekas personaliti TV itu memaklumkan dia mengalami realsi anafilaksis terhadap antibiotik.
Beberapa hari lalu, Ras Adiba berkongsi keadaan kesihatannya selepas dimasukkan ke hospital dan menjalani prosedur lumbar serta rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Ras turut berterima kasih kepada semua yang menjaga serta mengambil berat tentangnya terutama pihak hospital dan keluarga.
________________________
No comments:
Post a Comment