24 September 2022

TAHUN DEPAN - SYAFIQ KYLE, MIMI LANA TERUS BERNIKAH TANPA BERTUNANG



Pelakon Syafiq Kyle dan kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana, 27, yang sudah melalui pelbagai dugaan bersama itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.


Aktor berusia 30 tahun itu berkata dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan tiada majlis pertunangan sebaliknya akan terus adakan majlis pernikahan.

"Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini. Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Syafiq turut menafikan khabar angin mereka bakal bernikah hujung tahun ini. Bagaimanapun, jelas Syafiq, buat masa ini mereka belum ada tarikh dan tidak akan merahsiakan.

"Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum 'tempah' tok kadi pun untuk majlis tersebut. Setakat ini kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya seni terlebih dahulu. Insya-Allah, kami tidak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti," ujarnya.

Terdahulu, hubungan pasangan itu terputus sekitar Mei 2020 selepas lima tahun dikhabarkan bercinta. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali terjalin beberapa bulan kemudian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: