Umum sedia maklum mengenai penyanyi rap sensasi Caprice dimana dia memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
Tindakan Caprice 'belanja' minyak di stesen berkenaan telah mendapat sambutan luar biasa apabila pengguna terkandas gara-gara kesesakan jalan raya.
Dek kerana itu, Caprice, 34, menerusi video di laman Instagram (IG) miliknya, tampil memohon maaf dan berkata dua tidak menyangka akan diserbu oleh ratusan orang ramai.
"Pertama kali saya ingin memohon maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang kerana berlaku kesesakan teruk hari ini.
Klik untuk gambar besar
"Saya sendiri tidak sangka suasana menjadi kecoh dan 'havoc' sehingga berlaku kesesakan jalan raya yang teruk sehingga ke KLCC. Walaupun telah dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis, kami masih tidak dapat mengawal kesesakan jalan raya," ujarnya.
Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, biarpun masih ramai yang beratur menunggu giliran, dia terpaksa menutup stesen minyak itu kerana sudah kehabisan petrol.
"Selepas kehabisan petrol, kami terpaksa menutup stesen minyak buat sementara walaupun masih ramai yang beratur.
Dalam pada itu, pelantun lagu 'Lenglui' itu meluahkan rasa bersalah terhadap kakitangan kerajaan yang pulang dengan hampa.
Oleh sebab itu, Caprice memaklumkan dia sekali lagi bermurah hati untuk memberi minyak petrol secara percuma khas untuk penghantar makanan serta staf kerajaan di Kuala Lumpur dan kemudiannya akan ke lokasi di Pulau Pinang.
"Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan, penghantar makanan dan Grab di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang untuk semua orang pada minggu hadapan. Insya-Allah. Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk belanja rakyat," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment