24 September 2022

SEBELUM DIJEMPUT ILAHI - ARWAH BOB LOKMAN MENGADU SAKIT BELAKANG, PUTUS ASA UNTUK JALANI RAWATAN



"Arwah menolak dan memaklumkan bahawa dia sudah putus asa untuk menjalankan rawatan. Saya sedih melihat keadaannya dan hanya mampu menggosok belakang badan arwah selain meminta dia bertahan untuk seketika.


"Selepas itu, saya pulang ke rumah pada pukul 11 pagi, namun, dikejutkan dengan berita kematian abang kira-kira dua jam kemudian," demikian kata adik kepada penulis lirik terkenal dan pelakon, Allahyarham Bob Lokman iaitu Nik Azuddin Nik Yusoff, yang memberitahu arwah abangnya sempat mengadu sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 tengah hari semalam.

Azuddin berkata, dia datang ke rumah abangnya jam 8 pagi semalam dan arwah mengadu sakit belakang sehingga tidak boleh baring dengan sempurna.

Katanya lagi, dia ada memujuk arwah untuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian namun abangnya enggan serta memberitahu sudah putus asa untuk mendapatkan rawatan. Aizuddin juga memberitahu arwah abangnya itu tiada selera makan sejak dua hari lalu dan hanya minum air.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, anak kedua arwah iaitu Omar Hakim Mohd. Hakim berkata arwah ayahnya sakit sejak lebih 30 tahun lalu selepas dikesan sakit tulang belakang.

"Selepas itu, ayah saya disahkan menghidap penyakit jantung, kencing manis dan paru-paru berair. Dia terlantar selepas dia mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu. Arwah sudah mengadu sakit belakang yang keterlaluan sejak dua hari lalu. Apabila saya mengajaknya ke hospital, dia tidak mahu," tuturnya.

Difahamkan, jenazah Bob Lokman selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, di sini, jam 9.30 malam semalam.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: