17 September 2022

GAYA TUDUNG DITEGUR SEPERTI 'FREE HAIR' - PEMINAT RINDU PENAMPILAN YUNA SEBELUM POPULAR



"Dia pakai serkup, lepas itu pakai bling-bling. Sekali pandang memang akan fikir macam tak pakai tudung. Aku lebih suka Yuna yang dulu pakai selendang.


"Daripada bertudung sampai dah macam pakai anak tudung sahaja. Bila tudung sekadar fesyen.

"Baru tahu jala ikan pakai dekat kepala. Apa benda atas kepala Yuna tu?.

"Teringat zaman universiti 13 tahun lepas, Yuna buat mini konsert. Sewaktu itu dia pakai selendang elok sahaja tutup dada," itulah antara komen-komen netizen yang menyedari perubahan gaya tudung penyanyi dan komposer Yuna Zarai yang dilihat semakin lama semakin mendedahkan aurat.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Yuna dilihat memeluk penyanyi Indonesia iaitu Afgan ketika hadir di New York Fashion Week (NYFW) baru-baru ini

Namun, lain pula jadinya apabila netizen tidak hanya memperkatakan tentang batas pergaulan penyanyi itu, malah mereka turut mempertikaikan cara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 36, mengenakan hijab.

Pada majlis itu, Yuna menggayakan persalinan jenama Coach dengan menyarung hijab separuh bersama aksesori kilauan berlian di atasnya. Gaya penyanyi itu menimbulkan rasa tidak senang peminat yang menegur dan menasihatkannya untuk menutup auratnya dengan lebih sempurna.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyedari cara pemakaian tudung Yuna juga berubah secara mendadak, dimana mereka mendakwa semakin hari semakin tidak ditutup dengan sempurna.



Sementara itu, ada juga yang berpendapat penampilan dan kelakuan Yuna disebabkan sudah terlalu lama berhijrah ke Amerika Syarikat dan terikut dengan budaya di sana.

"Dah menjadi kebiasaan tinggal di luar negara. Bila dah terlalu lama duduk di negara Barat, pergaulan tidak menghalalkan cara.

"Sanggup buat apa sahaja demi diterima bangsa di sana. Oh Yuna!” tulis netizen.

Untuk makluman, Yuna memulakan kerjaya nyanyian di Amerika Syarikat sekitar tahun 2011 dan mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di New York, Fader Laber.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: