17 September 2022

"MAAFKAN UMMI SAYANG.. DAH SATU PULAU CUMA PINTU PISAHKAN KITA" - SAJAT AKUR TAK DAPAT JUMPA ANAK-ANAK



"I'm sorry my dear.. ummi kena balik.. I'm sorry.. jodoh kita masih tak boleh jumpa.. I'm really sorry 💔. Maafkan ummi sayang.. kita dah satu pulau yang sana.. cuma pintu sahaja pisahkan kita..


"Maafkan ummi.. ummi kena pulang balik.. berat hati ummi nak terima.. Ya Allah jaga anak anak ku.. abg adik.. ummi sayang adik.. semalaman ummi fikirkan hal ini di bilik menunggu.. maafkan ummi 💔😭.

"Ummi dah buat terbaik untuk kita berjumpa.. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi.. Ummi akur keputusan.. Maafkan Ummi sayang.. 2 tahun kita tak jumpa.. Ummi nak sangat jumpa anak-anak Ummi.. Ini jer peluang yang Ummi jumpa anak Ummi..

"Maafkan Ummi sayang.. Ummi kena hantar balik ke Australia. I'm really sorry," demikianlah tutur usahawan kontroversi, Sajat yang akur dan memohon maaf kepada kedua-dua anak angkatnya kerana tak dapat berjumpa meskipun mereka sudah berada di Singapura.

Klik untuk gambar besar



Semua sedia maklum mengenai Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, yang sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen mengikuti perkembangan usahawan kosmetik terbabit.

Selepas setahun melarikan diri ke Australia bagi memulakan kehidupan baru di sana, Sajat dikhabarkan berada di Singapura atas tujuan perniagaan. Menerusi sesi Live di TikTok, Sajat dilihat sedih kerana rindukan kedua-dua anak angkatnya yang ditinggalkan bersama keluarga di Malaysia.

Sajat juga meluahkan perasaannya turut mengalirkan air mata kerana terlalu rindukan anak-anaknya. Kata Sajat lagi, selepas sekian lama mereka bakal bersatu semula. Namun apakah daya, hasrat Sajat ingin bertemu dengan kedua-dua anak angkatnya tidak tercapai.



"Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak, akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love," katanya sebelum ini.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib menimpa usahawan itu serta ada menasihati Sajat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan apa yang dilakukan oleh Sajat memang salah namun perasaannya terhadap anak-anak adalah ikhlas dan sudah pasti dia juga rindukan keluarganya.



"Apa yang dia buat salah tapi perasaan dia valid. Tak perlu larikan diri lagi, pergi kedutaan serah diri saja. Berkorban untuk anak tak apa.

"Siapa pun dia, percayalah dalam diri dia terlalu rindu sausana ketika bersama keluarga dan anaknya. Rindur yang tak dapat diungkap.

"Balik la Jat, kami pun rindukan Jat. Buka buku baru tutup buku lama," antara kata-kata netizen.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: