17 September 2022

SUKAR TERIMA LELAKI LAIN, ANAK PUJI SIFAT KEBAPAAN SUFIAN - MAS IDAYU KENA KECAM DEK BUSANA, 'VEIL' BERBELON



"Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh 'ngam' bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa.


"Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya," itulah kata anak kepada Mas Idayu iaitu Nur Dayini Asyiqah yang menerima kehadiran bapa tirinya, Muhammad Sufian Che Isa dengan hati terbuka dan menyifatkan Penerbit Eksekutif TV3 itu mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.

Perwatakan itu juga kata Dayini melembutkan hatinya untuk menerima keputusan ibunya berkahwin kerana sebelum ini sukar menerima kehadiran lelaki lain yang mendekati Mas.

Dayini yang sudah terbiasa hidup berdua bersama ibunya selama 16 tahun itu meluahkan rasa gembira apabila akhirnya penyanyi itu bertemu jodoh.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain.

"Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak," ujar Dayini yang merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas Idayu bersama pelakon Aman Graseka.

Sementara itu, Mas Idayu yang selamat disatukan dengan pasangannya tanggal 16 September 2022, semalam telah menarik perhatian ramai apabila mengenakan busana pengantin dengan veil terapung semasa majlis persandingannya.



Menurut perancang perkahwinan serta pereka busana terbabit iaitu Anas Abdullah, terdapat 18 biji belon telah digunakan bagi menerbangkan veil yang dipakai oleh penyanyi terbabit.

Majlis tersebut dianggarkan hadirnya 320 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak berserta rakan selebriti, media dan juga kenalan rapat.

Biarpun Anas memberitahu ingin menjadikan perkahwinan Mas Idayu sebagai 'Wedding Of The Year', netizen mempunyai pandangan yang berbeza pula apabila melihat wanita terbabit memakai veil seperti itu.

Menurut sesetengah netizen, veil berterbangan seperti itu seakan-akan berlebihan untuk dipakai oleh Mas Idayu atau mesra dipanggil sebagai mummy. Malah, mereka merasakan usia penyanyi dangdut tersebut tidak sesuai untuk mengenakan busana yang bertema sedemikian.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: