16 September 2022

GELAGAT ANAK ABAM BOCEY SUSUN GAMBAR ARWAH AYAH, SIAP MENYANYI UNDANG SEBAK NETIZEN



Meskipun sudah dua tahun arwah menghadap Ilahi, pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan masih lagi dirasai ahli keluarga. Paling dirasai kesedihan itu sudah tentu isteri dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia tiga tahun.


Terbaharu, balu kepada Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali menerusi laman Instagram telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan gelagat Hamzah menyusun gambar bapanya di dalam dompet milik Hidayah.

"Hari ini Hamzah susun gambar ayah dekat wallet ibu, pandai anak ibu ni," tulis Hidayah di ruangan kapsyen.

Hamzah dilihat menyanyi gembira memanggil 'ayah' sambil menyusun gambar arwah seolah-olah belum memahami apa yang sedang berlaku

Klik untuk gambar besar



"Anja (Hamzah) buat apa? tanya Hidayah kepada Hamzah yang memegang gambar Abam sambil menyanyi.

"Ayah... mana ibu,"? (sambil memegang gambar Hidayah) sambil mulutnya menyanyi-nyanyi riang.

"Ayah... ibu... ayah," nyanyinya sambil menyusun gambar kedua-dua mereka.



Video tersebut telah mengundang sebak netizen kerana Hamzah tidak sempat bermanja dengan ayahnya. Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar Hamzah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

"Terasa sedih pula. Dia sebut ayah tu rasa sebak dengar." - "Sebak mak cik dengar Hamzah sebut nama ayah. Ayah Hamzah ramai orang sayang, suka berjenaka dan baik orangnya. Hamzah jaga ibu baik-baik ya. Semoga jadi anak soleh ya."



"Semoga menjadi anak soleh. Al-Fatihah buat abam." - "Bijak Hamzah. Semoga menjadi anak soleh ibu ayah." - "Moga Hamzah membesar dengan sihat dan bahagia. Sentiasa dijauhkan daripada perkara yang tidak baik," komen beberapa netizen.

Untuk makluman, Abam Bocey melangsungkan perkahwinan dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas di usia 32 tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: