16 September 2022

KONGSI GAMBAR BERCUTI - NETIZEN SINDIR FIZO OMAR GUNA DUIT OCTAFX?



Platform pelaburan OctaFX, semua sudah sedia maklum ia sememangnya dikenali ramai kini memasuki senarai maran Bank Negara Malaysia (BNM). Selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.


Bagaimanapun, duta pelaburan tersebut iaitu pelakon Fizo Omar masih terus membisu apabila usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan selebriti itu gagal.

Baru-baru ini, Fizo menerusi laman Instagram miliknya dilihat ada memuat naik gambarnya bersama isteri, Fazeera Nazri dimana pasangan ini sedang bercuti di Johor dan menaiki jet ski berdua.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, perkongsian Fizo itu telah mengundang serangan apabila netizen meninggalkan kata-kata sindiran di bahagian komen sedangkan ia tiada kena mengena dengan syarikat pelaburan itu.

Malah, ada yang bertanyakan adakah duit yang digunakan untuk bercuti itu merupakan hasil kerja menjadi duta syarikat pelaburan saham berkenaan. Meskipun pelbagai komen sindiran, namun tiada jawapan balas daripada Fizo yang mungkin memilih untuk berdiam diri.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: