16 September 2022

"KNOW KNOW ADA NOMBOR DUA" - AYDA JEBAT HAMIL ANAK KEDUA?



Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang sebelum ini mahu melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan (c-section atau caesarean – diringkaskan kepada czer) sehingga dipersoal dan mendapat kecaman netizen.


Baru-baru ini, Ayda telah mengeluarkan satu kenyataan dimana dia mengatakan "know know (tahu tahu) ada nombor dua" ketika hadir ke stesen radio Era FM bagi mempromosikan single terbarunya berjudul 'Tak Bisa Lepas'.

Kenyataan Ayda itu sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen yang membuat spekulasi Ayda kini sedang hamil anak kedua. Malah, penyampai radio iaitu Hanif dan Ray turut mengucapkan tahniah kepada Ayda serta mengatakan ianya pengumuman eksklusif daripada selebriti itu.

Klik untuk gambar besar



Apabila ditanya mengenai kesahihan berita itu, isteri kepada pegacara Nabil Mahir itu hanya ketawa seolah belum tiba masanya untuk membuat pengakuan mengenai perkara tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat penyanyi dan pelakon itu. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Ayda.

Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan Ana Nayla yang dilahirkan secara pembedahan pada 21 September tahun lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: