16 September 2022

SUSULAN KONTROVERSI - MIA SARA ENGGAN BERDEPAN MEDIA, TAK BENAR WAJAHNYA DIRAKAM



Nama pelakon Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan apabila ada netizen meluahkan rasa kecewa melihat imej gadis remaja itu.


Susulan tular video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya yang dilihat memakai baju ketat berwarna kelabu bersama selendang hitam itu sedang seronok menari bersama rakannya sekaligus mengejutkan netizen, Mia mengelak bertemu dengan media ketika menghadiri program sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka.

Memetik laporan Harian Metro, Mia tidak membenarkan wajahnya dirakam ketika didekati jurufoto melainkan hanya untuk tujuan jenama yang dihadirinya hari ini. Mia dalam pada itu juga enggan ditemu bual pihak media.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Mia turut didekati beberapa pegawai perhubungan awam yang 'memujuknya' untuk bertemu media, namun tidak berjaya.

Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa sedih melihat penampilan Mia itu serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu. Selain tarian lincah, pemakaian Mia turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan.

Bukan sekali mencetuskan kontroversi, Mia pernah ditegur peminat yang kurang senang dengan perubahan penampilan aktres itu pada Ogos lalu. Malah, ada netizen mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai Mia kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: