17 September 2022

KECEWA ANAK DITUDUH LAKUKAN ONANI - BAPA MAHU ADAM MIKA BERHENTI DARI DUNIA LAKONAN?



"Satu Malaysia viral pasal anak saya melakukan perbuatan tak senonoh. Itu bukan anak saya! Kenapa nak membuli Adam? Saya dan family tak salah apa-apa pun. Tolong jangan malukan Adam lagi.


"Masa kecik anak saya gembirakan semua dengan lakonan dia. Bila dia dah besar semua buli dia macam ni. Tak adil pada kami. Anak saya tinggi 159 cm, satu lagi tengok kemaluan dia. Masa anak saya sunat, kesan khatan tu saya cuci.

"Kemaluan video remaja tular tu dah sah sah bukan anak saya punya," itulah ujar bapa kepada pelakon remaja, Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli yang meluahkan rasa kecewa apabila netizen seolah-olah menghukum anaknya gara-gara penularan video tidak senonoh yang mirip anaknya itu, baru-baru ini.

Adli yang ditemui program Melodi di TV3 itu turut memaklumkan bahawa dia akan berbincang dengan pengurus anaknya tentang hasrat untuk berhenti terus daripada industri hiburan.

Klik untuk gambar besar



Katanya, ada sesetengah netizen berterusan dan sengaja membuli mental selain memalukan Nik Adam mengenai kontroversi video lucah tersebut. Menurut Adli, keputusan untuk mengundur diri daripada dunia hiburan adalah disebabkan dia terlalu kecewa dan bukannya mengalah kerana dihentam sedemikian rupa.

Dalam pada itu, Adli turut disoal tentang bagaimana dia yakin individu dalam video lucah berkenaan bukan anaknya. Ujarnya, terdapat banyak faktor yang berbeza seperti fizikal dan kemaluan remaja berkenaan.

Terdahulu, nama Nik Adam ini menjadi bualan orang di Twitter, malah namanya juga trending di platform terbabit kerana tersebar satu video lucah mirip pelakon cilik tersebut.



Akibat menjadi trending di Twitter, ramai warganet berasa terkejut dan meninggalkan reaksi mereka masing-masing apabila melihat video berkenaan. Video berdurasi 2 minit itu memaparkan seorang budak lelaki berdiri dalam bilik tidurnya sambil melakukan aksi yang tidak senonoh.

Walaupun wajah budak lelaki tersebut tidak terlihat dengan jelas kerana kualiti rakaman di dalam telefon itu sendiri, ada netizen mendakwa itu merupakan pelakon cilik yang dikenali ramai.

Dalam masa sama, ramai juga yang tidak mempercayai itu adalah Nik Adam dan tuan badan sendiri menafikan dirinya melakukan perbuatan tidak senonoh itu serta yakin ada pihak yang cuba jatuhkan imejnya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: