18 September 2022

RAWATAN IVF - HAZAMA & ISTERI TANGGUHKAN KE TAHUN DEPAN, MAHU 'ENJOY' DULU



"Perkara ini akan kami fikirkan semula tahun depan. Tahun ini, kami mahu ‘enjoy’ dahulu. Buat masa sekarang, keadaan masih belum mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Saya dengan kerjaya seni, manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa yang semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah, rezeki selepas pandemik.


"Tahun depan, umur isteri sudah memasuki 43 tahun. Saya risau juga sebab selalu dengar, mereka yang hamil pada usia melebihi 40 tahun, risikonya agak tinggi," ujar pelakon Hazama yang memaklumkan dia dan isteri, Genervie Kam terpaksa menangguhkan hasrat untuk menjalani rawatan kesuburan, In Vitro Fertilization (IVF) disebabkan sibuk kerjaya dan masih menunggu masa yang sesuai.

Pejam celik, sudah lima tahun Hazama bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan isterinya yang juga pengarah muzik. Menurut Hazama, dia menyerahkan mengenai rezeki zuriat kepada Allah. Kata Hazama lagi, isterinya tidak tertekan mengenai soal cahaya mata dan keluarga juga memahami.

Klik untuk gambar besar



"Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami sudah berusaha dan berdoa, malah pelbagai ikhtiar turut dilakukan, namun rezeki belum menyebelahi saya dan isteri. Jika ada, adalah… Tetapi, jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan rezeki. Bagi saya, dalam setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Kami cuba seimbangkan perkara itu, selain sentiasa bersyukur.

"Saya okay sahaja, tiada masalah. Keluarga pun okay, malah mereka tidak memberikan kami tekanan untuk segera menimang cahaya mata. Tekanan itu selalunya datang daripada orang luar," kata Hazama yang mendirikan rumah tangga bersama Genervie atau nama sebenarnya, Kam Shi Ling pada 15 Januari 2017.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: