02 September 2022

KES ANAK HAMPIR CULIK - SUDAH 2 BULAN, LUFYA MASIH BELUM BERI KETERANGAN KEPADA POLIS



"Kita (polis) masih menunggu kerjasama beliau (Lufya) dan kita perlu mengambil keterangan anaknya berkaitan kejadian berdasarkan laporan polis dibuat pada Jun.


"Malah, kanak-kanak itu juga kita perlu merujuknya kepada Child Interview Center (CIC) untuk diambil keterangan," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang memaklumkan, sudah dua bulan berlalu, pihaknya masih belum merakam keterangan pelakon Lufya Omar bagi siasatan kes cubaan culik anak perempuannya pada 26 Jun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat, namun dia cedera di muka mendakwa dipukul menggunakan batang kayu.

Wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Kota Damansara kira-kira 6 pagi pada 29 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: