26 September 2022

MUNCUL DI GV9 - SARIMAH IBRAHIM DIPUJI CANTIK, KEKAL AWET MUDA DIUSIA 42 TAHUN



Ramai yang terubat rindu apabila melihat pelakon, penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim kembali beraksi apabila membuat kemunculan di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi.


Menyanyikan lagu 'Kini Kau Tiada' berduet bersama Elly Mazlein, ramai yang teruja melihat penampilan khas Sarimah itu yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Di pelbagai platform media sosial, nama Sarimah terus menjadi sebutan. Sementara itu, di laman Twitter ramai yang memuji kecantikan Sarimah yang tetap kelihatan cantik dan awet muda meskipun sudah berusia 42 tahun.

Klik untuk gambar besar



"Come back yang dirindui." - "Teringat masa kecil dulu, selalu tengok Sarimah Ibrahim di ntv7 setiap pagi Sabtu dan Ahad," antara komen-komen netizen.

Dalam konsert kedua GV9 itu, Sarimah berkongsi kegembiraan dan rasa rindunya terhadap bidang pengacaraan. Menerusi ciapan di Twitter, Sarimah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

"Saya sangat gembira! Saya tak sangka, saya sangat rindukan dunia pengacaraan. Terima kasih kepada anda yang terus menyokong!" tulisnya yang turut menyertakan tanda pagar #kinikautiada serta emoji hati.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: