26 September 2022

SHILA AMZAH OKAY 'DIBAHAN' KAK LINA - AKUI BAGI 'EYE CONTACT', KEHADIRAN SHARNAAZ TAK JEJASKAN PERSEMBAHAN



"Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik," kata penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang mengusik pelakon Sharnaaz Ahmad yang berada di kerusi penonton, sebaik sahaja bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah selesai membuat persembahan di konsert kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam Ahad.


Meskipun percintaan di antara Shila dan Sharnaaz sudah lama terkubur, namun masih ada lagi yang mengaitkan mereka berdua sehingga ada peminat berharap hubungan mereka kembali bertaut memandangkan kedua-duanya kembali single.

Shila dan Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu hadir menonton GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kelibat Sharnaaz menjadi tumpuan terutamanya ketika Shila menyampaikan lagu 'Getaran Cinta Di Jiwa' nyanyian asal Liza Hanim selain penyanyi itu dilihat memberikan pandangan kepada aktor berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna di TikTok, Sharnaaz dilihat sedang duduk bersebelahan dengan pelakon Emma Maembong sambil memakai cermin mata hitam.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom. Malah, ada yang mengatakan keadaan akan lebih kecoh jika Nabil Ahmad ada di pentas ketika itu.

Dalam pada itu, ada juga yang terhibur dengan gelagat Emma yang ketawa sakan dengan usikan tersebut. Sementara itu, ada segelintir netizen setuju dengan apa yang diperkatakan Kak Lina serta mendoakan agar keduanya dijodohkan semula.

Berhubung usikan tersebut, Shila memberitahu yang dia tidak terasa hati dengan usikan Elly Mazlein kerana baginya ia hanyalah gurauan semata-mata dan tidak keterlaluan.



"Saya okay sahaja. Lagi pun saya sayang kak Lina (Elly). Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan. Sekadar manja-manja sahaja. Saya pun tidaklah terasa hati kerana menganggap usikan Kak Lina itu sekadar gurauan sahaja," ujarnya.

Ditanya mengenai perasaannya melihat kelibat Sharnaaz ketika membuat persembahan, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 32, berkata ianya tidak menjejaskan persembahannya serta mengakui ada memberi 'eye contact' pada bekas kekasihnya itu.

"Kalau tanya diri saya yang berusia 22 tahun, mungkin saya akan mempersoalkan tetapi sekarang saya rasa biasa sahaja. Saya bagi 'eye contact' tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shila menjelaskan ini bukan kali pertama dia bertembung dengan Sharnaaz dalam program hiburan malah pernah membuat persembahan dihadapan pelakon itu ketika minggu kedua program The Masked Singer Malaysia.



Tidak hanya itu, mereka juga pernah bertembung ketika acara berbuka puasa yang dianjurkan Astro pada bulan Ramadan yang lalu.

"Saya pernah menyanyi depan dia dalam minggu kedua The Masked Singer Malaysia dan kali kedua ketika program berbuka puasa anjuran Astro. Saya nampak dia dari jauh," jelasnya.

Penyanyi lagu 'Memori Tercipta' ini juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Sharnaaz pada masa hadapan namun bergantung kepada tawaran diberikan.

"Bergantung kepada apa tawaran tersebut, naskhahnya, berbaloi atau tidak. Saya tidak mahu buat sesuatu atas dasar nak menghidupkan sesuatu yang sudah 'tiada' dan menggunakan situasi itu... ia tak seronok," tuturnya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: