23 September 2022

SEDANG KENALI HATI BUDI - BEKAS SUAMI LUFYA AKUI ANAK SENANGI TEMAN WANITANYA



"Benar, saya sedang berkenalan dan mengenali hati budi seseorang. Jika dipermudahkan, semestinya saya berhasrat untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya. Malah, anak saya juga pernah berjumpa dan menyenangi teman wanita saya. Rasanya tiada masalah daripada aspek itu kerana semuanya baik-baik saja.


"Cuma buat masa ini, lebih baik perihal itu tidak dikongsikan kepada umum lagi. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi perihal itu," itulah akui bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita namun belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita itu.

Malah, Che Hafiz menjelaskan turut mempunyai hasrat untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Tambah Che Hafiz, anak perempuannya iaitu Laana Haura, 5, juga menyenangi teman wanitanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lufya Omar pada 26 November 2016. Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada 17 Jun 2020.

Mengulas mengenai namanya dipetik selepas pendedahan Lufya mengenai cubaan menculik anak perempuannya ketika berada di taman permainan di Kota Damansara sekitar Jun lalu, Che Hafiz memilih untuk tidak melatah. Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: