02 September 2022

SEKALI LAFAZ - SHAHIR KINI SAH SUAMI JASKIN JALUDIN, BERI WANG HANTARAN RM20,000



Setelah pelbagai dugaan ditempuh, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi, 34, telah pun sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Jaskin Jaludin, 30, dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.


Pada majlis yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang itu, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi telah dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Jaludin Nongche dan disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapa.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media itu menyaksikan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan selain wang hantaran RM20,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, bekas juara program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) itu memberitahu perkenalan dengan Jaskin sejak dua bulan lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

"Alhamdulillah syukur segalanya telah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sebelum bernikah memang ada rasa gementar tetapi selepas semuanya selesai saya kini rasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu, Shahir dan Jaskin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: