22 September 2022

TIADA MASALAH DEDAH WAJAH ANAK - ELISYA SANDHA PERCAYA ORANG RAMAI AKAN DOAKAN YANG BAIK-BAIK



"Bagi Elisya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk! Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.


"Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga," kata pelakon Elisya Sandha yang menjelaskan dia dan suami, Uzair Haqimy tiada masalah untuk menunjukkan wajah anak perempuan mereka, Bunga Elhaq di media sosial untuk tatapan umum.

Ujar Elisya, dia percaya orang ramai akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat anaknya itu. Namun, baginya ia terpulang pada setiap individu.

Elisya yang sudah dua bulan bergelar ibu itu meluahkan rasa syukur anaknya itu tidak banyak kerenah serta mudah untuk dijaga. Elisya mengakui pada awal menimang cahaya mata agak sukar, namun Bunga seolah memahami keadaan sekeliling.

Klik untuk gambar besar



"Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangis. Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey je.

"Alhamdulillah.. dia bukan penghalang untuk saya menyambung karier. Waktu seminggu selepas bersalin, agak susah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham," tuturnya.

Untuk makluman, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung kepada penerbit terkenal Sheila Rusly pada Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung, Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: