22 September 2022

KINI BERGELAR USAHAWAN - ASAD MOTAWH MILIKI DUA RUMAH DIUSIA 21 TAHUN, AKUI TAK SUKA MENUNJUK



Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai Asad Motawh, rupanya dalam diam penyanyi berusia 21 tahun itu kini bergelar usahawan dan mempunyai tiga perniagaan. Lebih mengagumkan, Asad yang sudah lama tidak tampil dengan lagu terbaru itu mempunyai dua buah rumah jenis banglo dan juga private suites.


Bukan itu saja, Asad juga memiliki sebuah kereta, pejabat, selain menjadi majikan dengan mengupah lapan orang kakitangan di bawah syarikat yang diusahakannya.

"Walaupun tak ada lagu baru namun saya akui hidup selesa. Angka pendapatan, saya tak mahu sebut, google sahaja sendiri.

"Saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan kini bisnes terbaharu saya adalah mengusahakan rumah produksi Motawh Production yang baharu dibangunkan sejak sembilan bulan lalu.

"Saya ada pasukan sendiri. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan klien jenama-jenama besar," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Asad berkata dia tidak mahu menayang kekayaan di media sosial, baginya sikap menunjuk harta tidak memberi sebarang faedah sebaliknya hanya membuatkan mulut orang mengata.

"Rumah pertama yang saya beli adalah sewaktu saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab.

"Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya. Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain.

"Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta. Lagipula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: