Nama pelakon Eyka Farhana sebelum ini menjadi bualan dek penampilannya yang agak seksi dan terbaru menampakkan bahagian perut dan fotonya menayang lurah ketika bercuti.
Terkini, pelakon itu sekali lagi kena tegur, malah kena 'body haming' apabila ada memuat naik video di aplikasi TikTok ketika berada di dalam sebuah kereta dengan memakai baju yang agak seksi.
Menerusi video itu, pelakon berusia 27 tahun itu memakai baju berwarna krim yang menampakkan bahagian dadanya sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang tampil mengecamnya.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mendoakan agar pelakon itu diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna selepas ini.
Sebelum ini, Eyka Farhana pernah ditegur peminat berhubung pakaiannya, bagaimanapun pelakon itu berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri.
________________________
No comments:
Post a Comment