27 October 2022

AKUI MASIH BELAJAR BERHIJAB - NAD ZAINAL JAGA 'POSTING', KURANGKAN GAMBAR 'FREEHAIR'



"Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada saja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan.


"Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah.

"Tapi saya memang akan menjaga 'posting' (hantaran) selepas ini untuk kurangkan gambar 'free hair'," jelas pelakon Nad Zainal yang memaklumkan dia masih dalam proses belajar serta memohon doa yang baik-baik buat dirinya.

Baru-baru ini, perkongsian Nad menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambar dan video memaparkan dirinya berhijab ketika berada di Thailand bagi menjalani penggambaran Travelog yang diusahakan bersama pelakon Ungku Ismail Aziz untuk saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ dimana ia bakal ditayangkan bulan depan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mengakui gembira apabila menerima ucapan dan doa daripada peminat berkenaan penampilannya itu.

"Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih 'on going' saya tak berhijab.

"Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: