09 October 2022

AZIAN MAZWAN TITIP DOA SEMPENA HARI LAHIR ARWAH ANAK: "KALAU DIA 'ADA' UMUR DIA DAH 23 TAHUN"



"09.10.2022, Aqil dilahirkan. Kalau dia 'ada' umur dia dah 23 tahun. Allahumaghfirlahu, Warhamhu,Waa'fihi Wa'fuanhu. Al-Fatihah mohon hadiahkan buat anak saya Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain."


Itulah tulis penyanyi popular awal 90-an, Azian Mazwan Sapuan yang kembali mengenang arwah anak lelakinya, Mohammad Aqil yang telah pergi menghadap Illahi pada 16 Disember 2019 lalu.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Azian yang juga bintang Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu menjelaskan, hari ni genap ulang tahun kelahiran arwah anaknya yang ke-23 tahun.

Terdahulu, Aqil yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik itu dilaporkan meninggal dunia ketika berusia 19 tahun selepas tiga minggu koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, akibat kemalangan jalan raya motosikal pada 22 November 2019.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: