16 October 2022

BABY SHIMA NAK SAMAN NETIZEN, BERANG DITUDUH KANTOI BERCIUM



"Shima tak tau dah nak cakap apa lagi ramai orang DM Shima cakap pasal ni…… bukti ada je kat dalam filem tu!!! Kat pawagam besar lagi screen korang boleh tengok lebih jelas!!!


"Kalau tu pun tak nampak, memang korang saja je nak kena kan Shima kan!! p/s: nak saman boleh je #babyshima," tulis penyanyi Baby Shima yang meluahkan rasa berang di laman Instagram kerana dikatakan terdapat individu yang menabur fitnah tentang dirinya baru-baru ini.

Tuduhan yang dibuat oleh individu terbabit adalah berkaitan dengan satu babak yang mengatakan dirinya melakukan adegan bercium dalam filem terbaru berjudul 'BIKO'.

Di dalam hantaran yang dimuat naik, Baby Shima hilang kata-kata apabila ingin menjawab pertanyaan seorang netizen yang mahukan kepastiaan daripadanya mengenai tuduhan terbabit.

Klik untuk gambar besar



Kerana merasakan tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut melampaui batas, penyanyi dangdut itu sempat meluahkan bahawa dia boleh saja menyaman individu itu kerana menabur fitnah.

"Bukti dah ada dalam filem tu, kalian memang saja nak kenakan shima kan!" katanya.

Selain meluahkan rasa kesal, penyanyi lagu 'Pura-Pura Bujang' itu juga berkongsikan beberapa tangkap layar soalan yang diberikan oleh netizen yang tuduh dia bercium dengan pelakon lelaki yang dikenali sebagai Azrel Ismail.

Susulan luahan penyanyi tersebut mengenai tuduhan tanpa bukti itu, ramai netizen menyokong Baby Shima untuk menyaman individu yang fitnahnya sebagai pengajaran buat mereka untuk tidak buat lagi di masa hadapan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: