Penyanyi Aiman Tino semalam telah ditahan di sebuah pusat perubatan swasta dekat Setapak selepas mengalami kesukaran bernafas. Keadaan Aiman itu dimaklumkan ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil yang turut memberitahu anaknya itu dimasukkan ke hospital pada Sabtu selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.
"Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.
"Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari menghisap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya. Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta memakai oksigen bagi stabilkan pernafasan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Hazelina berkata penyanyi 'Ku Rela Dibenci' itu juga dikhuatiri menghidap lelah walaupun dia tidak ada sejarah penyakit berkenaan. Dia turut memohon semua peminat mendoakan agar Aiman lekas sembuh dan diberikan kesihatan seperti sedia kala.
"Hati ibu mana yang tidak risau setiap kali anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil bila mereka sakit. Sebab itu saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya tahu keadaan dan dipantau doktor," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment