16 October 2022

CIKGU SURUH ANAK KURUS - ALMY NADIA RASA BENGANG



"Dia kata dia tak nak makan, sebab nak kena kurus cikgu suruh kurus. Ninn dia mak hang bising. Ambik hang. Marah betol mama hang tau bila ada org suruh anak hang kurus!!!! Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya. Dia kata kena ikut arahan cikgu nanti kena denda sebab cikgu suruh kurus.


"Nanti dia kena marah dekat sekolah," itulah tulis pelakon Datin Almy Nadia yang meluahkan rasa berang apabila anak sulungnya yang berusia 7 tahun itu tidak mahu makan kerana guru di sekolah menyuruhnya untuk menurunkan berat badan.

Almy berkongsi luahan tersebut di laman Instagram dan ia telah menjadi perhatian. Dalam entri tersebut, Almy turut memaklumkan anaknya, Nur Adrina Arianna mengikut arahan untuk mengurangkan makan jika tidak dia akan didenda oleh guru berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Almy berkata dia akan ke sekolah untuk bertemu dengan guru berkenaan yang sibuk menyuruh anaknya untuk menguruskan badan.

"Mama hang naik hantu harini. Tinggu Isnin mama hang p panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kurus tu, hampa sibuk nak suruh anak aku kurus," tulisnya.

Untuk makluman, Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: