16 October 2022

RUMAH TANGGA MAS IDAYU - NETIZEN LUAH RASA RISAU



Pada tanggal 16 September lalu, penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu, 50, selamat bernikah kali kedua dengan pasangannya iaitu penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, selepas 15 tahun hidup solo.


Pada majlis serba meriah dan mewah yang mendapat tajaan majlis perkahwinan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta itu sekali gus digelar 'wedding of the year'.

Sebelum ini ramai yang menyangkakan Mas Idayu memilih tarikh tersebut kerana mahu kelihatan istimewa sempena Hari Malaysia, bagaiamanapun penyanyi tersebut menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan tiada sebarang simbolik memilih tarikh itu untuk bernikah kali kedua.

Namun baru-baru ini, perkongsian Mas Idayu di laman Instagram menjadi perhatian ramai dan mengundang tanda tanya apabila memuat naik video memaparkan wawancara seorang wanita bertanyakan keadaan selebriti wanita ini, tetapi selebriti tersebut menjawab 'I'm okay' sambil menahan sebak.

Klik untuk gambar besar



Kapsyen yang dibuat oleh penyanyi 'Cintaku 100%' itu telah membuat ramai netizen berasa risau dengan keadaannya ketika ini, hingga ada yang merasakan Mas Idayu kini mempunyai masalah rumah tangga.

Ramai netizen risau dengan keadaan Mas Idayu apabila video serta kapsyen yang dibuat kelihatan dirinya sedang dalam keadaan sedih ketika ini, tetapi dalam pada itu, ada juga netizen mendoakan agar penyanyi dangdut berkenaan kekal tabah hadapi ujian yang sedang dihadapi.

"Berselindung di balik senyum dan tawa...... I'm okay........ 🙂🙃," tulis Mas Idayu.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Mas Idayu.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: