28 October 2022

BENGANG DITIPU, DUIT KENA 'SONGKLAP' - BABY SHIMA BAGI 'ABANG JAMAL' MASA 24 JAM SEBELUM AMBIL TINDAKAN



"Shima geram sebab bukan sikit ya duit yang kena tipu tu tapi puluhan ribu ringgit dan sehingga sekarang ini masih belum pulangkan... dia senyap macam tu saja.


"Kalau dia tak pulang dalam masa 24 jam, Shima akan buat laporan polis dan akan ambil tindakan. Saya memang geram sangat sekarang ini, kepada abang Jamal...

"Sebenarnya Shima berikan duit tu atas tujuan perniagaan tapi belum boleh dedahkan perniagaan sebab nak buat kejutan... sebab tu Shima percayakan dia.

"Daripada segi percakapan semua memang menyakinkan sebab dia dicadangkan oleh rakan saya. Mulanya ingat dia tak berani nak tipu sebab kalau tipu juga saya akan tularkan dia di media sosial, tapi sebaliknya tak!

Klik untuk gambar besar



"Dia rasa benda ni remeh, tapi bagi Shima tak... benda ni tak remeh. Jadi abang Jamal, jangan sampai Shima buat macam-macam dekat kau, jangan sampai Shima lukis muka dekat kertas dan tunggu nanti apa jadi. Saya akan kejar sampai lubang cacing."

Demikianlah luah penyanyi Baby Shima yang dipetik sebagai berkata kepada mStar dimana dia berasa bengang apabila menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang tergamak melarikan wang miliknya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Difahamkan, wang tersebut bayaran pendahuluan untuk memulakan perniagaan baharu.

Kata Shima, dia mahu menuntut semula haknya dengan menggesa individu dikenali sebagai 'Jamal' itu memulangkan semula wang tersebut dalam tempoh 24 jam.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: