28 October 2022

"MOVE ON LA... 5 TAHUN DAH" - FATIN AFEEFA BERANG BEKAS SUAMI BUAT HANTARAN FITNAH DI IG



Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini menerusi laman sosial telah meluahkan rasa berang dengan tindakan bekas suaminya, pelakon Adam Shahz yang didakwa membuka kisah cerai mereka dan pemberian nafkah anak-anak.


Memetik portal Cari Forum, Adam didakwa ada menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada bekas isteri dan dia memberi nafkah setiap bulan pada anak-anaknya.

"Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak mahu campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia.

"Satu hari kawan saya tunjuk pada saya gambar-gambar seksi ibu pada anak-anak saya dengan lelaki lain di pub di media sosial. Saya risaukan anak-anak saya," tulis Adam Shahz.

Menerusi laporan Xtra, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin dilihat ada memuat naik satu paparan komen yang ditinggalkan pada satu posting TikTok bekas suaminya.



Dalam entri tersebut, Fatin menafikan dakwaan ditulis bekas suaminya itu serta menyifatkan ianya sebagai fitnah. Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan, bekas suaminya itu tidak memberi nafkah pada anak-anak mereka selama 4 tahun.

"Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply. Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun. Dah tua dah... dah dah la tu, move on la... 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife," tulisnya.

Untuk makluman, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam Shahz pada tahun 2013, sebelum bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia. Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian sebelum bernikah dengan Adam Shahz.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: