28 October 2022

NAFI ISTERI & ANAK-ANAK TERABAI - TOMOK ENGGAN TERLALU FOKUS PADA GV9



"Saya akan pastikan ada masa untuk fokus persediaan, selain memberikan perhatian kepada isteri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan. GV menuntut komitmen yang sangat tinggi. Saya tidak mahu kerana terlalu fokus kepada GV, saya hilang tumpuan terhadap keluarga.


"Semua penting dan saling melengkapi," itulah jelas penyanyi Tomok yang menafikan kebajikan isteri dan anak-anaknya kini terabai setelah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-9.

Ujar Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, dia tetap ingin memberikan persembahan terbaik selain kekal bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Tomok berkata, dia tidak mahu terlalu fokus kepada kerjaya dan persaingannya dalam program berkenaan dan cuba untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya di antara kedua-dua komitmen itu.

Menganggap saingan di GV bukanlah tugas mudah, Tomok dalam konsert minggu ke-6 telah memperoleh kedudukan selesa setelah menerima markah tertinggi untuk persembahan lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys.

"Saya tidak simpan taring untuk minggu terakhir kerana saya anggap setiap minggu adalah malam finale. Apa yang ada, saya bagi semua. Semua peserta hebat-hebat, jadi ia persaingan sihat untuk saya," ujar bapa kepada tiga anak ini.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: