Baru-baru ini, nama pendakwah selebriti Da'i Syed kembali menjadi bualan selepas tular foto memperlihatkan dia bersama pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail dan kedua ibu mereka dalam sebuah majlis.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana, Da'i Syed bagaimanapun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan itu kerana bimbang tidak menjadi seperti dirancang. Sebaliknya, Da'i Syed berkata, mereka kini sedang mengenali hati budi, selain memohon doa agar urusannya dipermudahkan.
Mengulas mengenai foto tersebut, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, menjelaskan ia hanyalah pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.
Klik untuk gambar besar
"Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan. Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi.
"Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik ke arah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
Dalam pada itu, Da'i Syed juga memberitahu, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan berharap perancangan ke arah itu akan berjalan lancar.
Berkongsi detik perkenalan dengan personaliti TV itu, Da'i Syed memberitahu dia mula mengenali Hana dua minggu sebelum pertemuan antara dua keluarga itu.
"InsyaAllah saya sudah bersedia untuk kahwin. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan," jelasnya.
Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Syed bakal tampil dengan sebuah rakaman selawat berjudul 'Waqtu Sahar' selain drama lakonan iaitu 'Terima Kasih Cinta' akan ditayangkan bermula November ini.
________________________
No comments:
Post a Comment