29 October 2022

SEDIH ANAK SULUNG DITUDUH ANAK LUAR NIKAH - FATIN AFEEFA SEDIA DISAMAN BEKAS SUAMI



"Anak saya, Arrian, bukan anak luar nikah, tolonglah! Melampau. Hanya kerana awak tak nak saya berkahwin, awak buat macam ni kepada saya, melampau," itulah kata pelakon Fatin Afeefa yang meluahkan rasa sedih dan tampil menjelaskan status anak pertamanya, Arrian Adam Aisy Arrian menerusi Live TikTok, semalam, selepas anak lelakinya itu dituduh sebagai anak luar nikah oleh bekas suaminya, pelakon Adam Shahz.


Kata Fatin, dia tidak pernah menghalang Adam, 41, untuk berjumpa dengan anak-anak dan tak pernah memburukkan Adam sebagai bapa mereka. Tambahnya, dia tidak takut hak penjagaan anak-anaknya dirampas Adam kerana yakin dirinya lebih mampu membesarkan mereka.

Dalam pada itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, berkata bahawa dirinya bersedia disaman bekas suaminya itu dan telah menyediakan semua dokumen jika perlu.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah penat. Saya dah tak larat. Dah lima tahun. Saya dah move on. Peguam saya dah sedia, kami ada semua dokumen. Saya sudah lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu," ujarnya.

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan aksi pertelingkahan media sosial antara Fatin dan bekas suaminya. Melihat pada status yang yang dimuat naik, Fatin telah dituduh mengabaikan anak-anak kerana berlibur di kelab malam bersama lelaki dan Adam Shahz pula didakwa tidak pernah melunaskan nafkah anak-anak semenjak 4 tahun yang lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: