26 October 2022

"BENGKAK DI BAHAGIAN MUKA SAYA SUDAH HILANG" - LANA NODIN AKUI SELESAI BEDAH HIDUNG DI KOREA



"Ini merupakan hari ke-15 selepas pembedahan, agak mengejutkan apabila tiada bengkak atau lebam di bahagian muka. Saya pun dah mula keluar berjalan-jalan di Seoul. Saya tidak rasa pening atau sakit di bahagian muka seperti yang ditanya.


"Anda boleh lihat sendiri, bengkak di bahagian muka saya sudah hilang, tak ada bengkak," itulah kata pelakon Lana Nodin dimana dia tanpa berselindung berkongsi kepada umum bahawa dia telah pun selesai menjalani pembedahan pada bahagian hidung di sebuah pusat perubatan di Seoul, Korea Selatan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin memberitahu, dia berasa lega apabila hidung dan wajahnya tidak lagi mengalami sebarang bengkak meskipun selapas 15 hari menjalani pembedahan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya sebelum dipadam, Lana dilihat sempat bersiar-siar di sekitar Seoul dalam keadaan hidungnya masih berbalut. Walaupun video berkenaan telah pun dipadam, namun video tersebut tular di media sosial.

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun ini juga memberitahu dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau rasa sakit, meskipun sudah dua minggu menjalani pembedahan itu.


Katanya, balutan pada hidungnya itu akan dibuka dalam tempoh tujuh hari lagi. Pun begitu, Lana tidak mendedahkan punca sebenar dia melakukan pembebedahan di bahagian tersebut.

Terdahulu, Lana mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan rhinoplasty apabila hidungnya patah ekoran kemalangan ketika menunggang motosikal ketika zaman persekolahan.

Jelas Lana lagi, akibat impak insiden itu, hidungnya menjadi senget sehingga terpaksa mengunakan besi untuk beberapa tahun sebelum ditukarkan kepada plastik.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: